Untuk siapa kursus ini

  • Pemilik restoran yang ingin menarik lebih ramai pelanggan.

Butiran Kursus

Didalam video pengenalan ini anda akan diperkenalkan dengan konsep Kejuruteraan Menu dan bagaimana ia boleh meningkat keuntungan bisnes F&B kita. Juga bagaimana membuat kiraan kos menu serta menentukan kategori menu mengikut populariti dan keuntungan.


Apa yang anda akan pelajari

Jualan banyak tapi tak untung? Orang ramai datang, tapi pesan makanan yang murah-murah je? Pening macam ni. Bisnes kalau tak untung macam mana nak survive. Kena buat sesuatu bagi menarik pelanggan memesan menu yang boleh bagi untung tinggi. Dalam masa yang sama kena bagi pelanggan cepat tertarik dengan menu kita dan mereka boleh buat keputusan dengan cepat... Bagaimana nak buat tu? Kini anda mampu melakukannya! Ketahui langkah-langkah bagi menarik pelanggan agar mereka dapat memesan menu yang kita dapat untung besar dengan menggunakan kaedah Kejuruteraan Menu. Melalui Konsep Kejuruteraan Menu, anda akan dapat kenal pasti menu yang popular dan tidak untung, menu popular dan sangat untung, menu tidak popular dan sangat untung serta menu tidak popular dan tidak untung. Anda juga akan memahami psikologi pelaggan apabila menatap menu dan membuat keputusan. Apa yang kita hendak adalah pelanggan berbelanja sebanyak mungkin dan kita mendapat keuntungan maksima.

Didalam video pengenalan ini anda akan diperkenalkan dengan konsep Kejuruteraan Menu dan bagaimana ia boleh meningkat keuntungan bisnes F&B kita.

Juga bagaimana membuat kiraan kos menu serta menentukan kategori menu mengikut populariti dan keuntungan.

Mengenai tutor

6.png
  • 0.00 Instructor Rating
  • 2 Ulasan
  • 56 Pelajar
  • 3 Kursus

Yusainy Yusop

Coach Yusainy Yusop adalah merupakah coach bepengalaman dalam F&B dan keusahawanan. Beliau kini adalah merupakan Perunding Kanan di DSH Capital Solutions. Beliau juga adalah Biskaunselor Insitut Keusahawanan Negara serta Business Specialist, Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) di bawah SME Bank. Dalam bidang perniagaan F&B. Encik Yusainy telah berkecimpung dalam perniagaan sejak tahun 2007 dan merupakan pengasas bersama Tastebuds Eatery & Services yang menjalankan perniagaan kafe, kiosk makanan dan catering.

Maklum Balas pelajar

  • Stars 5
  • 0%
  • Stars 4
  • 0%
  • Stars 3
  • 0%
  • Stars 2
  • 0%
  • Stars 1
  • 0%

0

Rating Kursus

Senarai maklum balas:

Tiada maklum balas untuk kursus ini.

Harga
RM9.90

Langgan Sekarang

    Ciri-ciri utama

  • Modul 11
  • Masa 01:15:19
  • Bahasa Bahasa Melayu