Jom Rungkai Rahsia Warna Wow Anda

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Mereka yang ingin tampil lebih berkeyakinan di khalayak ramai dengan memilih tona warna yang betul dan suaipadan warna secara mudah. Atau secara khususnya...individu yang berkecimpung di dalam industri fesyen dan kecantikan, seringkali terlibat sebagai1. Makeup artist2. Beauty consultant3. Fashion stylist 4. Personal shopper5. Pemilik butik dan peniaga online yang menawarkan koleksi pakaian atau tudung6. Pengeluar pewarna rambut (hair coloring)7. Pengeluar kanta lekap berwarna8. Selebriti atau instafamous

Butiran Kursus

Sering dilema dalam mencari warna baju, tudung, aksesori, solekan, kanta lekap berwarna juga pewarnaan rambut sesuai untuk anda? Kursus ini merupakan asas kepada analisis warna peribadi yang perlu dipelajari sebelum anda dapatkan warna anda sebenar. Topik-topik penting dalam kursus ini :- 1. Apakah itu analisis warna 2. Mengapa menganalisa warna peribadi ini penting dalam pengurusan imej peribadi? 3. Apakah 3 kualiti warna di dalam analisis warna ini 4. Bagaimana nak mengenalpasti perbezaan antara warna-warna sejuk dan warna-warna panas

Apa yang anda akan pelajari

Mempelajari pewarnaan peribadi dengan menggunakan formula RMKG™ Kuasa Warna ini bukanlah bertujuan untuk menghadkan warna yang sesuai untuk dipakai oleh seseorang.. Tetapi, sebagai panduan khas bagaimana secara tidak langsung, dan sesingkat beberapa saat kita boleh :- 1. Tampil jauh lebih muda dari usia sebenar 2. Mengurangkan kesan jeragat, bintik-bintik dan lingkaran hitam bawah mata, kesan berdagu dua malah celaan pada kulit. 3. Mengharmonikan keseluruhan penampilan dan mengimbangkan warna tona kulit agar sekata. 4. Sebagai salah satu strategi di mana anda boleh berjimat , bukan sahaja ratusan malah ribuan ringgit sebulan atau setahun. Kini berbelanja menjadi lebih mudah , tanpa lagi rasa bersalah menghantui diri. 5. Membina jenama peribadi yang autentik kerana anda tidak lagi cenderung atau obses dengan trend masakini yang kadangkalanya mengelirukan dan mensabotaj diri sendiri. Soalan seperti "Yang mana terbaik untuk saya?" dahulunya sering bermain di kotak fikiran, kini segalanya terjawab dengan mudah sekali dengan formula RMKG Kuasa Warna™!