Kanvas Konsep Restoran dan Kafe

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Pengusaha bisnes yang mahu menarik lebih ramai pelanggan.

Butiran Kursus

Dalam kursus ini, anda akan diperkenalkan dengan Kanvas Konsep Restoran/Kafe. Juga bagaimana untuk 'memikat' pelanggan untuk ke restoran/kafe anda. Dan bagaimana untuk 'mengikat' pelanggan agar kekal setia dengan restoran/kafe anda.

Apa yang anda akan pelajari

Kedai cantik tapi kurang pelanggan? Pelanggan datang, tapi tiada yang regular? Mahu tarik pelanggan dalam satu segmen, tetapi dari segmen lain yang datang? Terima banyak aduan dari pelanggan? Pelanggan datang ke restoran dengan tujuan dan kemahuan yang khusus. Pelanggan mahu tujuan dan kemahuan ini dipenuhi. Pelanggan juga datang dari latarbelakang tertentu. Mereka mempunyai personaliti, kecenderungan dan sensitiviti yang berbeza.Untuk menjamin dayatahan bisnes, pengusaha dan pemilik restoran perlu menyediakan produk dan perkhidmatan yang menepati kemahuan dan latarbelakang pelanggan.Umpama satu perkahwinan, pelanggan perlu 'dipikat' cintanya dan 'diikat' hatinya.