Kuasai Kemahiran Mengendalikan Penyata Kewangan

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Untuk usahawan-usahawan baru dan usahawan yang ingin menambah keuntungan syarikat anda.

Butiran Kursus

Terdapat beberapa tips yang akan dikongsikan dengan anda agar keuntungan syarikat anda kekal sehingga akhir tahun. Ketahui dengan mudah perbezaan antara penyata aliran tunai, penyata untung rugi, dan balance sheet . Oleh itu, di dalam video kali ini, rekod aliran wang masuk dan keluar akan diperkenalkan kepada anda kerana ia amat penting dalam operasi perniagaan anda.

Apa yang anda akan pelajari

Dapat mengenal pasti kepentingan setiap penyata aliran tunai, penyata untung rugi dan penyata imbangan serta dapat membezakan antara setiap satunya. Selain itu, dapat mengetahui ke mana wang perniagaan anda digunakan sepanjang tahun, dapat mengetahui tahap keberuntungan atau kerugian operasi perniagaan serta dapat mengetahui tahap keberhutangan perniaagan berbanding jumlah modal yang telah dilaburkan. Anda turut akan didedahkan dengan formula kiraan untung rugi sebagai asas dalam operasi perniagaan. Ketahui juga bagaimana kos jualan digunakan serta perbelanjaan overhead yang perlu ditanggung oleh syarikat anda.