
Mereka yang ingin mempelajari teknik menghasilkan video yang menarik.
Mahu menghasilkan video 'review' anda dengan berkesan? Ingin menjual produk menerusi video yang efektif tapi tidak tahu bagaimana nak mulakannya? Segalanya bermula dengan penulisan skrin atau screenwriting!
Seringkali kita melihat video pendek mengenai produk, pengalaman dan perkongsian di laman sosial. Namun tahukan anda jika video anda itu benar-benar berkesan; menyentuh perasaan, menyedarkan, memukau kuasa membeli dan mendidik anda secara tidak langsung? Lakukan ia sebagai 'pro' dengan kuasa naratif yang bagus, teknik susunan cerita yang konstruktif serta gabungan visual, musik, sfx dan voice-over yang lengkap pasti menjadikan karya anda bermutu untuk dikongsi bersama orang ramai. Dengan gabungan idea, penulisan, perancangan, suntingan dan rujukan anda pasti boleh menjadi penerbit hebat dalam setiap video yang anda hasilkan.
Syarida Sharif telah berkecimpung dalam dunia penyiaran dan pengiklanan sejak tahun 1999. Bermula sebagai wartawan penyiaran di TV3- telah menghasilkan ribuan video pendek berbentuk berita, gaya hidup, sukan, hiburan, fesyen, makanan, percutian dan majalah. Antara program terlibat ialah Remaja, Potret Kejayaan, Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini. Kemudian menggalas tugas sebagai penerbit pelbagai genre program terbitan Astro, TV9 dan TV3 seperti Akademi Fantasia, Galaksi, Nona, Wanita Hari Ini, SOS, Adik di 9 serta menerbitkan banyak dokumentari yang pernah tercalon dalam pelbagai anugerah.