Kursus Pra-Perkahwinan Online

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Butiran Kursus

Kursus ini dijalankan berdasarkan modul bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang di rangka oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Versi ini memberi penekanan kepada aspek ilmu dan amal supaya dapat melahirkan satu generasi umat Islam yang beriman dan berakhlak mulia. Versi baru ini lebih lengkap dan komprehensif di mana ia mengandungi kupasan yang terperinci bukan sahaja di dalam aspek hukum-hakam bahkan juga turut menyentuh aspek-aspek komunikasi, pengurusan, undang-undang, kesihatan, psikologi dan sosiologi. Dengan cara ini MBKPI bukan sahaja sekadar menyediakan pengetahuan asas kekeluargaan untuk mereka yang akan berkahwin bahkan dapat menangani pelbagai permasalahan kekeluargaan dan sosial yang melanda umat Islam pada masa kini.

Apa yang anda akan pelajari

KANDUNGAN Bahagian 1 : Asas-Asas Pembinaan Insan Unit 1 Aqidah Unit 2 Ibadah Unit 3 Akhlaq Unit 4 Perkahwinan & Prosedur Bahagian 2 : Pengurusan Keluarga Unit 1 Hubungan Dalam Keluarga Unit 2 Pengurusan Sumber Keluarga Unit 3 Pengurusan Kesihatan Unit 4 Komunikasi Suami Isteri Bahagian 3 : Pengurusan Masalah Dalam Keluarga Unit 1 Pengurusan Tekanan/Stres Unit 2 Pengurusan Konflik Unit 3 Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Agama Islam Unit 4 Pengurusan Talak/Fasakh & Prosedur Penceraian