Nisbah Kewangan - Memahami Kedudukan Syarikat Anda

Butiran

Untuk siapa kursus ini

  • Untuk semua usahawan yang ingin mengurus akaun syarikat dengan berkesan.

Butiran Kursus

Bagaimana prestasi syarikat anda? Adakah ia lebih baik dari tahun lalu? Bolehkah ia terus bersaing? Terlebih hutang? Apa – tak mampu bayar hutang jangkapendek? Syarikat tidak memenafaatkan sumber dan modal? Adoiiiii Analisa nisbah diambil dari penyata kewangan (Kunci Kira-kira, penyata pendapatan dan penyata alir tunai) untuk melaksanakan analisa kuantitatif untuk menilai kedudukan syarikat dari segi kecairan, kekuatan (leverage), pertumbuhan, margin, keberuntungan, kadar pulangan (rates of return), nilai (valuation) dan lain lain. Ambil lah langkah pertama ini – keluar lah dari kesepian dan kegelapan data data penyata kewangan. Ketahui cara langkah demi langkah bagaimana ia nya boleh memberi gambaran yang lebih jelas tentang kedudukan syarikat anda.

Apa yang anda akan pelajari

(i) Nisbah kecairan (Liquidity ratios), (ii) Nisbah Leverage (Leverage ratios), (iii) Nisbah Kecekapan (Efficiency ratios), (iv) Nisbah Keberuntungan (Profitability ratios) dan (v) Nisbah Nilai Pasaran (Market value ratios).