
Sesiapa sahaja yang menghadapi situasi penceraian
Didalam video pengenalan ini anda akan di beri pendedahan mengenai psikologi disebalik penceraian, mengapa penceraian berlaku dan bagaimana menangani penceraian secara berhikmah dan berhemah.
Anda rasa perkahwinan anda berada di dalam jalan buntu? Adakah anda rasa tertekan didalam perkahwinan? Adakah pasangan anda jenis yang memberikan kerjasama? Ingin bercerai cara baik dan terhormat? Kami ada penyelesaiannya.! Ketahui cara menyeluruh tentang proses penceraian dan bagaimana impak penceraian terhadap hidup anda dan yang tersayang di sekeliling anda. Kami juga akan membantu anda dengan memberi tips penyelesaian tentang tips berkenaan menangani konflik yang berhubung dengan penceraian. Sekiranya anda Berjaya bercerai dengan cara yang baik dan terhormat, anda masih akan mempunyai hubungan baik dengan pasangan anda kerana anda faham bahawa penceraian adalah mengenai keserasian mengenai hidup bersama dan bukannya mengenai salah siapa.
Sebagai Rakan Kongsi di Tetuan Bahari & Bahari, Amir beramal di dalam undang-undang Perancangan Pusaka Islam termasuk Wasiat dan Hibah, Undang-Undang Keluarga Islam termasuk penceraian, poligami, Undang-Undang Faraid, Kelas Literasi Undang-Undang dan Mediasi. Beliau juga aktif dalam berkongsi ilmu dalam majlis yang di anjurkan oleh Majlis Peguam dan seluruh Jawatankuasa Peguam Negeri-Negeri di Malaysia Barat & Borneo Malaysia. Beliau juga mempunyai tauliah dari 3 negeri dan telah berceramah di dalam masjid & surau di Wilayah Persekutuan, Selangor & Sabah (70 undangan).