
Pelajar SPM seluruh negara.
Belajar subjek SAINS SPM bersama Cikgu Farhana di Mahir Tutor. Di dalam kursus ini, Cikgu Farhana akan mengajar anda beberapa topik yang perlu anda kuasai untuk skor dalam subjek Sains SPM.
Sains KBSM SPM 2020 Tingkatan 4 & 5.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) dan Ijazah Sarjana Sains (Perubatan), Cikgu Farhana merupakan mantan guru KPM dan bekas pensyarah di salah sebuah universiti swasta di Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan selama hampir 15 tahun. Beliau juga pernah terlibat dalam menghasilkan video pendidikan bersama SASBADI. Cikgu Farhana kini aktif menjalankan kelas secara atas talian melibatkan pelajar dari seluruh Malaysia. Melalui perkongsian kelas Biologi yang dikenali sebagai Victobiology, Cikgu Farhana mendedahkan cara santai belajar Biologi menggunakan kaedah 'Fun Learning ' & 'Story Telling' agar pelajar dapat memahami konsep Biologi dengan mudah. Beliau juga mengaplikasikan 'Digital Ink' dalam sesi pembelajaran, integrasi visual dan teknologi seperti Quizizz, Kahoot , Plickers & dan lain-lain lagi agar dapat membantu pelajar belajar Biologi dengan lebih seronok dan efektif.