Planetmahir.com adalah platform online bagi mempertingkatkan serta berkongsi kemahiran. Lengkap dengan ciri-ciri dan automasi yang diperlukan bagi mengajar dan belajar kemahiran baru berasaskan video. Planet Mahir juga menawarkan peluang menjana pendapatan yang berterusan kepada sesiapa sahaja yang berkongsi kemahiran mereka melalui platform ini. Video kursus dalam durasi yang pendek bagi setiap modul memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar pada waktu lapang mengikut keselesaan mereka sendiri. Perluaskan kemahiran kreatif anda, belajar dan jana pendapatan sampingan dengan pelbagai kursus menarik di Planet Mahir! Terdapat beberapa kategori kursus di Planet Mahir, iaitu Kursus Profesional, Keperibadian dan Keusahawanan. Ini termasuklah kursus Bahasa, Teknikal, IT Digital, Kewangan, Pengurusan dan Perundangan. Kursus Keusahawanan yang ditawarkan di Planet Mahir termasuklah Pengenalan Perniagaan, Rancangan Perniagaan, Strategi, Pengumpulan Dana, Perakaunan Syarikat dan Pemasaran. Di dalam aplikasi ini, terdapat beberapa ciri khas seperti ruangan interaksi di antara pelajar dan tenaga pengajar selain Antaramuka Grafik Pengguna (User Interface) yang mudah untuk digunakan. Planet Mahir: Gedung Ilmu Online!